TIPS BERPANTANG SENDIRI: Cara elakkan “berendam”air.

Tahukah anda: Ibu berpantang tidak boleh “bermain air”?

Hatta untuk aktiviti2 di bawah ini sekalipun iaitu:-
1. Basuh baju
2. Basuh pinggan
3. Mandikan bayi
4. Mandi

Sebab…..bila si ibu ni selalu bermain dengan air, urat-urat ibu akan senang kembang. Dan ibu boleh terkena bentan urat yang mengakibatkan tangan dan kaki kebas-kebas, demam dan menggigil.

Tetapi bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri, maka anda tidak ada alasan untuk tidak melakukan rutin harian tersebut. Cara-cara ini Ice belajar dari pelanggan-pelanggan Ice yang berpantang sendiri.

1. Basuh Baju

  • Kan dah ada kemudahan basuh baju menggunakan mesin basuh. Akan tetapi jika mesin basuh anda adlah semi auto, maka Ice cadangkan berhati-hati ketika memindahkan baju basah yang hendak dikeringkan (spin). Jangan angkat sekaligus kerana baju basah kan berat. So apa kata anda angkat sedikit demi sedikit, dan yang penting kenalah pakai sarung tangan. Takpun, tunggulah suami balik baru suami keringkan untuk anda.
Jangan angkat kain basuhan yang berat ketika dalam pantang
  • Bagi yang fully auto, tiada masalah kan.Tetapi masalahnya akan timbul bila ingin menyidai baju. Ice pernah tegur pelanggan yang berdiri  hampir sejam untuk menyidai baju di luar rumah dalam tempoh berpantang. Sebab lepas dia sidai je baju-baju basah tu, dia tiba-tiba nak pitam.. Ibu ice ajar Ice beli penyangkut baju banyak(hanger). Lepas tu baju yang dah di basuh, ibu-ibu boleh gantungkan dengan hanger. Masa sangkutkan baju ni, ibu-ibu janganl;ah gatal-gatal berdiri. buat di atas lantai sambil bersimpuh.  Jangan diangkat baju2 ini (sebab berat). Hamparkan sahaja di atas bakul baju. Tunggu suami balik baru suami sidaikan di ampaian luar.
Elakkan aktiviti yang memerlukan ibu terlalu lama berdiri.
2. Basuh pinggan.
  • Anak 5 orang. Masih kecil. Pinggan masuk semestinya salah satu benda yang paling menyesakkan untuk diuruskan ibu. Ada 3 pilihan di sini.
    • Serahkan tanggungjawab membasuh pinggan kepada orang lain (suami / anak yang lebih besar)
Didik suami dan anak-anak membantu kerja rumah.
    • Pakai pinggan pakai buang. Kos pun murah shj.
    • Basuh juga pinggan TETAPI dengan menggunakan sarung tangan getah. And tolong ya ibu-ibu. Masa basuh pinggan ni jangan lah berdiri. Ambil bangku tinggi , dan duduk sambil basuh pinggan.
3. Mandikan bayi
  • Dari ilmu Gentle Birth yang saya belajar, bayi baru lahir tidak dimandikan untuk 3 hari pertama selepas kelahiran mereka. Cukup hanya lap2 mereka dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Ini bagi membantu vernix menyerap ke kulit bayi. (Apa itu Vernix)

 

Bayi yang diselaputi vernx
  • Kemudian, bayi hnya dimandikan SEKALI sehari sahaja. Cukup. Bayi tidak aktif berpeluh. kalau mereka kepanasan dan naik ruam, anda boleh gunakan tepung ubi untuk redakan ketidakselesaan bayi anda. Tepung ubi lebih selamat dari krim-krim kimia dan bedak-bedak talkum dipasaran.
  • Ibu boleh lap-lap sahaja bayi. Kemudian tunggu suami pulang dari kerja untuk mandikan bayi. Kalau suami jenis pulang lambat, suruh suami mandikan bayi dahulu sebelum ketempat kerja. Akan tetapi, kalau dah mandikan pagi-pagi (630pagi); pastikan:
    • Air suam panas. Jangan terlalu sejuk
    • Jangan basahkan kepala bayi. Hanya basuhkan muka
    • Selepas mandi, tolong tuam bayi sehingga suhu badan bayi kembali panas (selesa). Tuam keseluruhan badan ya. Jangan di perut shj. tutup kipas dan tuam bayi sampai bayi tak menangis kesejukkan lagi. Masa tuam tu, balut bayi dalam tuala kering. Selak tuala bila nak tuam suatu bahagian badan bayi.
    • Pakaikan minyak sederhana panas di dada dan belakang bayi. untuk elakkan paru-paru bayi berair)
    • Pakaikan bengkung di dada bayi menutup sehingga perut. Kadang-kadang ada ibu bapa hanya menutup salah satu bahagian. Jadi, konsep bengkung tu dh tak valid dah pada bayi.
Pemakaian bengkung bayi yang betul. Credit : zaqeilsbabyz.blogspot.com
4. Mandi.
  • Kadang-kadang ada ibu habit mandi lama-lama di dalam bilik air. Nak belek apa pun tak tahulah. Kalau ibu-ibu bawah jagaan Blessed Beauty Confienment, memang kami akan pastikan ibu-ibu hanya mandi 10 minit; maksimum!. Jangan berlama-lama di bilik mandi. Amalan berlama di tandas boleh menyebabkan ibu-ibu mudah terkena penyakit arthritis (sakit sendi) bila menginjak tua.
  • Mandi bagi ibu-ibu berpantang hanyalah sehari sekali sahaja!. So mandilah ketika waktu Dhuha (ketika matahari sudah meninggi) dan di waktu petang, cukuplah sekadar lap2 sahaja badan.
Mengikut ilmu bidan-bidan lama, ibu-ibu yang selalu bermain air ketika dalam tempoh berpantang mudah kelihatan lesu, mengalami maslah faraj berair, akan berlarutan sakit tumit dan kulit badan mudah lembik dan berkedut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *