Punca-Punca Ketidaksuburan



“Salam Kak Ice. Saya nak tanyalah…. saya dan hubby dah usaha pelbagai cara untuk mendapatkan baby. Sekarang usia perkahwinan kami nak menjejak 5 tahun. Saya dan hubby dah pg check dengan doctor, dan doc cakap hormon saya tak stabil. Tapi memang pun period saya tak teratur. Boleh akak advisekan apa yang perlu saya buat tak?”

Salam sayang dan terima kasih kepada yang bertanya. Semua pasangan menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap sebuah keluarga. Tetapi tidak semua bernasib baik. Tetapi setiap masalah Insyallah ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, hari ni Ice nak kupas satu persatu tentang masalah KETIDAKSUBURAN.

First, mari kita lihat punca-punca yang menyebabkan ketidaksuburan kepada wanita:

1. Imbalance Hormones (Ketidakseimbangan hormon)

Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada mereka yang menghidap angin Meroyan. Oleh itu adalah penting wanita yang berpantang menjaga aturcara pantang mereka supaya mudah untuk mereka mengandung kembali.
  • Simptom – Haid tidak teratur (kejap banyak, kejap sikit, kejap lama, kejap sekejap…) lalu effect pada pusingan ovulasi kewanitaan itu sendiri, badan rasa panas tak menentu, mudah naik angin, kekeringan pada rahim, rambut mendadak gugur, jerawat yang kronik (sampai keluar nanah2 warna kuning), kadang2 boleh sebabkan kegemukan dan kadang2 boleh sebabkan kurus yang terlalu extreme.

2. Period Cramp (Senggugut…bukan sensungut yer…)

Kesakitan senggugut yang melampau perlu dipandang serius.
  • Simptom – Kesakitan pada bahagian ari-ari yang melampau ketika datang haid. Dipercayai kerana ketulan darah haid yang tidak lawas dan tersumbat di laluan keluar darah haid. Ada juga mengalami senggugut bangkai dimana darah senggugut yang keluar berbau bangkai.

3. Obesity (Kegemukan terlampau)

Obessiti, salah satu punca ketidaksuburan yang semakin lazim terjadi sekarang. Oleh itu adalah penting untuk wanita menjaga keadaan tubuh badan mereka.
  • Simptom – Bila BMI melebihi kiraan 30. Lemak yang berlebihan dan tebal akan mengganggu perjalanan haid dengan teratur.

4. Pressure (Tekanan dan Stress)

Stress atau tekanan berlebihan mampu mengganggu sistem badan wanita
  • Tekanan dan stress yang berlebihan boleh mengacau hormon kewanitaan kita. Sebab itu pentingnya wanita berada di dalam keadaan yang tenang. So yang nak conceive tu, rajin2 sembahyang wajib dan sunat. Hanya cara tu sahaja kita boleh merasa tenang.

5. Penyakit Puan seperti:

  • Endometriosis – Ibu Ice sendiri mengalami Endo seama 10 tahun selepas kelahiran Ice sebab beliau memang tak pantang masa lahirkan Ice. Ikuti pengalaman beliau DI SINI. Ia adalah situasi dimana pembentukan gumpalan tisu yang mirip selaput rahim yang merebak dan melekat pada bahagian rahim serta bahagian usus besar.
Endometriosis
  • Polip – penonjolan yg berlebihan dari lapisan rahim (mukosa) atau mulut rahim
Polips
  • Sista Ovari – Atau ovarian cyst adalah ketumbuhan dalam ovari

Cyst – Ketumbuhan dalam rahim
  • Tiub Fallopia tersumbat
  • Tiroid Kronik
  • Kadar hormon estrogen yang tinggi

Jika anda mempunyai salah satu simptom di atas, di nasihatkan supaya anda pergi mendapatkan khidmat nasihat pakar. Di lain post, Ice akan ceritakan bagaimana NR membantu wanita yang ingin hamil. Wassalam…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *