Bila Amalan Manjakani Sesuai Digunakan? Bukan hari-hari. Tetapi……….

Sejak 2 menjak ni Kak Ice dok sebut pasal ubat rapat kan. Siapa yang tertinggal ketapi tu, boleh lah baca info perihal ubat rapat di link-link di bawah
Tak salah ubat rapat….sebab ubat rapat ni juga diperlukan dalam hidup seorang wanita selepas berkahwin. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang nak menghadapi masalah Pre Monapous. Selalunya merekalah golongan yang paling layak menggunakan ubat rapat dan herba hormon untuk imbangi kembali hormon dan fungsi seksualiti mereka.
Beza keanjalan kawasan sulit wanita sebelum & selepas monapous
Fenomena sekarang menyaksikan penggunaan ubat rapat di Malaysia ini hanya utk seksual semata2. Sebab tu amalan dia sangat2 extreme. Sampai hari2.
Sedangkan jika melihat cara bidan lama, amalan ubat rapat ini lebih untuk kesihatan.
Bagaimana?
1st: Mengering, mengecut dan merapat rahim selepas haid.
– amalan hari ke 7 haid. Wanita berkahwin perlu amalkan 7 hari berturut2.
2nd : Mengering, mengecut dan merapat rahim selepas bersalin.
– amalan hari ke 30 berpantang. Amalkan 14 hari berturut2.
Size rahim sebelum dan ketika haid
Mengapa amalan ubat rapat hanya pada hari2 tersebut sahaja?
1. Ketika ini darah kotor adalah dipenghujung2 bilangannya. Ada dah bewarna staining brown. So amalan ubat rapat digunakan utk mengeringkan darah kotor ini sehingga habis dari rahim.
2. Mengecutkan rahim. Jika tak amalkan ubat rapat dalam tempoh ini, maka berlakulah darah istihadah. Herba2 rapat membantu utk melengkapkan proses kuncupan maka rahim akan kembali kepada bentuk buah pear balik.
3. Merapat saluran faraj. Ni khas utk yg dh bersalin. Keluar anak besar 4kg. So saluran2 ini sudah longgar maka saat inilah ubat rapat berfungsi utk memantapkan kembali saluran faraj. Bukan utk seksual semata2. Utk elakkan kencing tak tus, dan tombong.
Dan Kak Ice nak ingatkan….anak dara jangan sesekali makan ubat2 rapat ni.
Utk anak dara kita tak pakai manjakani, akar serapat, temu kunci….tapi kita pakai kunyit utk kerapian selepas haid.
So kak ice nak kongsi cara amalan yang betul yang blh gunakan herba lain ganti manjakani.
Kunyit pengganti manjakani
1. RAMUAN RAPAT
Resepinya:
Kunyit sebesar ibu jari tumbuk halus
1 sudu teh asam jawa
1 gelas air
Cara penyediaan.
Perah kunyit sehingga ruas ke-2 jari manis atau suku gelas. Campur asam jawa.
Minum dgn madu lebah.
Khasiat:
Mengecutkan rahim tanpa mengganggu pengecutan saluran faraj. Membersihkan darah. Kunyit bagus sbg anti radang merawat pembengkakan dan luka dibahagian saluran sulit selepas bersalin dan luka pembedahan czer
Note:
– Diamalkan pada 1st 3 days after delivery. 3 hari pertama selepas bersalin.
– Diamalkan pada hari ke 6 – 12 haid bagi wanita sudah berkahwin.
– Diamalkan pada hari ke 6 – 8 haid bagi anak gadis
Bila amalan manjakani boleh dimulakan?
 
Pada hari ke 30 selepas bersalin. Selama 14 hari berturut2. Tetapi amalan manjakani tidak boleh digunakan secara bersendirian dan berterusan kerana kesan sampinga boleh memudaratkan (saluran faraj terlalu sempi, kekeringan dan cepat putus haid).
Inilah amalan wanita2 melayu di Malaysia zaman sekarang. Hanya minum air rebusan manjakani dengan kunyit semata2. Tanpa mengetahui amalan itu memudaratkan diri mereka utk jangka masa panjang.
Oleh itu bidan2 lama selalunya akan campur manjakani dengan herba2 lain yang bersifat neutral agar menjadi agen membuang panas jamu rapat yang bersifat panas.. Dan dalam masa yg sama membantu memberi lebih khasiat kepada ibu
Contohnya…manjakani semata2 boleh mengeringkan susu ibu. Campuran manjakani dengan kacip fatimah, halba, jintan hitam membantu menambahkan susu ibu(halba), imbangi hormon penyusuan ibu(kacip fatimah) dan mencuci darah ibu(jintan hitam)
MANJAKANI SEBAGAI AIR CEBOK UTK KOYAKKAN DALAM FARAJ DAN LUKA EPISIOTOMI
 
 
 
Gantikan dengan air rebusan SIREH & INAI sebagai bahan antiseptik tanpa merapatkan saluran faraj.
Lakukan sebanyak 3 hari. Pada minggu pertama selepas bersalin.
Resepi
Daun Sireh 7 helai
Daun inai segenggam
Asam keping 3 keping
Garam jantan secupak (tapak tangan)
Jintan hitam
Air 1 litre.
Cara penyediaan
Rebus semua. Tuang dalam besen. Tambah air paip biasa. Rendam sehingga tenggelam ke pinggang.
Ibu yang czer. Air jgn sampai terkena tempat czer. Cukup sekadar menutupi bontot dan faraj.
Khasiat
Membantu menyembuhkesan koyakan dalam faraj dan luka episiotomi.
Antiseptik utk faraj (darah banyakkan masa few days after birth). So nak elakkam jangkitan kuman pada bahagian faraj. So ibu czer pun kena buat.
MANJAKANI SEBAGAI ALAT SAPUAN PADA LUKA
 
Luka koyakan selepas bersalin bukan sahaja di kawasan luar faraj tetapi ia berlaku dari pangkal servik sehingga sepanjang saluran faraj.
 
Hanya rawatan sapuan ini shj kita blh gunakan manjakani.
Campurkan serbuk manjakani dengan minyak berubat/minyak zaitun atau minyak kelapa. Sapu pada bahagian episiotomi sahaja. Bkn dimasukkan di dalam faraj ya.
So jangan ingat manjakani sahaja yang blh rawat rahim dan luka. Masih banyak herba Melayu yang wujud utk membantu mengecutkan rahim dan merawat luka tanpa perlu merapat dan menutup saluran faraj sehingga mengakibatkan darah nifas terhebti dan terperangkap dalam rahim.
Info: Buku Adab Dalam Pantang Bersalin (Sh. ANISAH barakbah)
Sh. Nadiah barakbah.
Amalan sendiri ketika 3 kali berpantang czer
Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban.
 
Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *