Aku yang kena bedah, kau yang panas. Pehallll????

Prosedur c-section merupakan kurnia Allah buat wanita-wanita menyelamatkan kandungannya.

Tips utk tangani stress apabila dipertikaikan bersalin secara ceasearean..
1. Ramai orang selalunya jadi curious bila si ibu bersalin ceaser. Even kak ice dah 3 kali ceaser…tetap akan bertanya (dan kadang2 mempertikaikan) kenapa si ibu end up with czer. Itu normal.

2. Pertikaian yg kak ice buat bkn ke atas kemampuan ibu utk bersalin normal. Tetapi lebih kepada mengapa pihak hospital ambil langkah ceaserean sbb lain hospital (kerajaan & swasta) lain aturannya. Mcm kak ice anak 1st….5 hari try bersalin normal baru kena ceaser. So agak pelik kalau seorang ibu baru try sehari dah kena ceaser.

3. Cerita disebalik ceaser ni menarik. Ramai orang nak tahu sebab ia kelahiran yang unik. Cerita pasal kepala baby tak turun, tali pusat terbelit, uri kat bawah…ia adalah cerita yang tak ramai orang alami. Hanya orang2 terpilih je akan Allah bagi peluang lalui cerita ini.

4. Jangan risau jika anda tak mampu bersalin normal. Ia bukanlah satu kecacatan. Kita perlu bersyukur boleh lalui prosedur ceaser. Sebab jika kita hidup zaman2 pontianak harum sundal malam, kita dah lama terbiar meninggal ketika mencuba melahirkan anak. Berterima kasih kepada teknologi.

5. Bersalin normal atau ceaser, tak menjaminkan kita ibu yang hebat. Kehebatan seorang ibu diukur ketika anak yang kita didik mampu menjadi hamba Allah yang cemerlang. Bukan daripada cara kita melahirkan mereka.

6. Mudah atau susah bersalin bukan pengukur dosa pahala. Semuanya adalah rahmat dari Allah. Sakit itu rahmat Allah menghapuskan dosa2 kita.

Kesakitan kontraksi, kesakitan ketika dibedah tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.

7. Jangan fikir apa kata orang. Jangan sumpah orang yang mengata. Doakan mereka yang baik2. Fikir yang positif2 sahaja. Jangan tertekan sampai meroyan. Sebab orang2 yang mulut jahat ni kadang2 memang hati pun jahat. Saje nak tgk kita meroyan agar mengganggu rumahtangga kita masa hadapan. Jangan berikan mereka kemenangan mengawal fikiran kita.

Makcik-makcik bawang ni sila reject awal-awal kalau nak datang ziarah.

8. Utk bakal2 suami. Kenali siapa orang yang isteri tak suka dan sababat isteri. Lepas pantang, pastikan orang yg dia tak suka berada 8 meter dari isteri sentiasa. Kawal perimeter sediplomatiknya. Jika tak mampu pun, sentiasa back up isteri bila dah start orang mengata2.

Apapun tahniah bagi yang dah pernah bersalin ceaser.
Bukan calang2 orangnya.

Sanggup dilapah demi menyelamatkan anak yang dikandung. Sedangkan kalau orang offer lapah perut utk emas pun korang tak sanggup.

Chin up mommies.
Well done!

Bekas 3 kali czer mom.

Kak ice turut menyediakan pakej rawatan berpantang untuk ibu-ibu yang akan berpantang di Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban.

Untuk tempahan pakej berpantang mahupun konsultasi produk herba NR sila hubungi 012-7225184

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *